Pesawat tergelincir Mike_Pence

Pada 27 Oktober 2016, Boeing 737 yang membawa Pence tergelincir dari landasan selepas mendarat dalam hujan di Lapangan Terbang Laguardia.[2] Tiada yang cedera dalam kejadian itu, yang terjadi kurang dua minggu sebelum pemilihan Presiden diadakan, hari kempen penting bagi Pence dan calon Presiden, Donald Trump. Pence, yang juga Gabenor Indiana pada masa itu kemudiannya memuat naik sepucuk pos di Twitter dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya. Pegawai Pengurusan Kecemasan New York City berkata kejadian berlaku pada 8.00 malam waktu tempatan.